welcome

welcome

welcome

welcome

ahlan wa sahlam..

ahlan wa sahlam..

kalendar

Khamis, 21 Julai 2011

kelebihan bulan RAMADHAN


Assalamualaikum,, kawan2.. Bulan Ramadhan Al Mubarak dh hampir tiba.. kawan2 dah sedia belum nk PUASA ni ???. fasihah dh x sabar nk puasa tau... hehe :)

Bulan Ramadhan Al Mubarak adalah bulan yang penuh dengan  keberkatan di dalamnya. Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini.  sya ingin berkongsikan dengan kawan2 semua  di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ialah :
1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.
2)  Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.
3) Bulan yang merupakan permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.
5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.
6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan sebagainya. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah S.W.T.
7) Bulan yang agung dalam umat islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.
Semoga dengan kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah. AMIN




TERIMA KASIH KERANA KAWAN2 SUDI MEMBACA 

Isnin, 4 Julai 2011

Fadhilat Bulan Syaaban



Sabda Rasul S.A.W, yang bermaksud:

"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.."

Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.."

Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban.

Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, baginda Rasul S.A.W ada bersabda yang bermaksud :

"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.."

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban.

'TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA'

hiburan